Saturday 2 June 2012


Membeli di internet

Shopping di internet? Ish, boleh percaya ke? Malah tak kurang ada yang senyum je :)  Apa pun reaksi anda, dunia tetap berkembang dan semakin ramai yang menggunakan internet setiap masa. Masih tidak mahu mengikut peredaran ini? Cuba baca lagi, kerana saya dulu pun takut jugak (ops!).

Sebenarnya, perkara asas shopping di internet  adalah kepercayaan dan kesabaran. Percaya kepada penjual dan percaya pada diri sendiri yang membeli. Tak percaya? Kalu anda tak percaya, apa yang anda buat bila ada perkataan klik di sini?? Ada yang klik ke? Itu tandanya  anda percaya ada sesuatu di situ kan...

Untuk membeli di  internet, telitilah perkara berikut dulu sebelum klik:

1.       Kenali siapa penjual berkenaan.
2.       Pastikan anda berpuas hati dengan barang yang hendak dibeli. Do not put high espectation for second hand items.
3.       Hubungi penjual dahulu sebelum membuat sebarang pembayaran, melalui mesej di telefon/email/ facebook/YM dll
4.       Read terms and condition first then continue shopping if you agreed.
5.       Menyimpan  tracking number untuk barang  yang dibeli.
6.       Simpan bukti pembayaran anda sebagai rujukan.
7.       Bersabar sedikit kerana barang fizikal takkan sampai once you click. Ianya memerlukan masa untuk penghantaran berdasarkan masa, tempat dan bentuk penghantaran.

Happy online shopping!  With LUV




No comments: